Thursday 25 August 2011

American Degree Transfer Program

Ditawarkan di
Inti (Subang/Nilai), Taylor’s (Subang Lakeside Campus), Sunway (Bandar Sunway) dan banyak lagi.
Jurusan               
Kejuruteraan, Sains, Komputer, Bisnes, Sains Kemanusiaan, Ekonomiks, Mass Com, etc. (boleh dipilih selepas tahun pertama)
Waktu pendaftaran
Januari, Mei, Ogos

Jangka masa
JUMLAH 4 TAHUN – IJAZAH (TWINNING)
Di Malaysia :      minima* SATU tahun (3 semester), maksima* TIGA tahun (9 semester)
                               (biasanya DUA tahun)
Di USA  :              baki tempoh masa ijazah
* - syarat berbeza mengikut universiti

‘Transfer’
Waktu: Januari atau Ogos
Universiti yang ditawarkan: universiti tertentu di USA, UK, AUSTRALIA; mengikut senarai ‘partner universiti’ (tidak termasuk universiti ‘IVY LEAGUE’ (universiti terkemuka dunia))
Markah yang diperoleh (CGPA) di Malaysia akan dipindah/disambung di USA bagi partner university; bagi university lain seperti IVY LEAGUE markah akan dinilai oleh university tersebut dan terdapat kemungkinan pelajar itu perlu bermula kembali belajar selama 4 tahun di universiti itu.
‘Transfer’ bukan sahaja terdapat dari Malaysia ke USA, malah seseorang pelajar boleh juga ‘transfer’ dari Sunway ke Inti ke Taylor’s, atau antara universiti-universiti di USA jika dia mendapati universitinya kurang memuaskan.
Ujian bahasa Inggeris IELTS atau TOEFL diperlukan.
Penasihat-penasihat ADP akan membantu dalam proses aplikasi.
Biasiswa ditawarkan di universiti Malaysia; bagi USA hanya di universiti-universiti tertentu. PTPTN/Biasiswa swasta ditawarkan.
RM1.00 = US$2.97 = BP£4.89 = AUD$3.11
ADP antara pilihan termurah bagi pelajar-pelajar yang ingin belajar di luar negara (hanya 2 tahun di negara luar).

Markah, Subjek & Pengalaman Belajar
                Pengiraan markah adalah sebanyak 40% berdasarkan perperiksaan akhir dan 60% berdasarkan kerja kursus (lazimnya 30-40% kuiz dan ujian, 20-30% assignments). ADP merupakan salah satu program yang kurang menitikberatkan satu peperiksaan besar bagi menguji para pelajar (seperti Cambridge A-Levels). Pelajar-pelajar diuji sepanjang tempoh pelajaran menerusi kuiz, ujian dan pelbagai assignment. Mereka turut memilih subjek-subjek yang ingin diambil secara berdikari.
                Selain itu, sistem Amerika amat unik kerana menggalakkan para pelajar mengambil subjek-subjek pelajaran di luar bidang jurusan mereka. Sebagai contoh, seorang pelajar kejuruteraan mungkin wajib memilih 3 subjek sains kemanusiaan sepanjang tempoh pelajaran. Hal ini kerana sistem Amerika menggalakkan pembentukan para graduan yang serba boleh. Ciri ini menggalakkan seseorang pelajar melahirkan persahabatan-persahabatan baru di luar jurusan sendiri di samping memupuk kemahiran sosial dan lisan (public speaking, teamwork skills, leadership skills) yang penting di alam korporat dan pekerjaan nanti.
                Sebagai contoh, saya sebagai seorang pelajar kejuruteraan mendapat peluang menyertai persembahan muzik di peringkat kolej, persembahan memasak di dalam kelas, pembinaan model 3D, mengkaji sebab-sebab berlakunya kemelesatan ekonomi dunia dan cara-cara menyelesaikannya, menyiarkan majalah sejarah, berhujah mengenai penyakit-penyakit psikologi, membantu menjayakan ceramah kepimpinan, melawat rumah kanak-kanak kurang upaya dan menjalankan eksperimen fizik, kimia dan sains komputer; semuanya dikira dalam markah kerja kursus.
Dan belum lagi ke USA!
                                                                                                            

    Sumbangan :
Ashwin bin Abdul Malik Jeyarajah
Pelajar  5 Cendekia MSAB 2009
                     Bidang:   Aerospace Engineering
                                  Inti International College Subang 2010-2012

Wednesday 24 August 2011

Matrikulasi


Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia - Jurusan Sains

- Pra U untuk ke IPTA (Awam) & IPTS (Swasta)
- Jangka masa : 1 tahun (2 semester) 

- Markah berdasarkan : 
Untuk subjeck sains - 10% Ujian Pertengahan Semester
- 10% quiz & assignments 
- 10% lab report
- 70% peperiksaan akhir semester

Untuk matematik - 10% Ujian Pertengahan Semester
- 10% Quiz & assignments
- 80% peperiksaan akhir semester 
- Bilangan subjek : 5
- Subjek teras yang ditawarkan : 
- Bahasa Inggeris (Tidak dikira dalam CGPA)
- Matematik
- Kimia
- Pilih 2, antara Biology, Fizik & Sains Komputer

- Subjek wajib – ICT, Sukan, Kemahiran dinamika & Pendidikan Islam/Moral

- Waktu permohonan – Sebelum SPM selama beberapa bulan (Membeli pin di kaunter BSN & memohon secara online)

- Waktu pendaftaran – Mei



Sumbangan : Alexander Tan Zhi Sheng
                     Ketua Disiplin Pengawas MSAB Sesi 2008/2009
                     Bidang:  Doktor Perubatan,
                                  Universiti Sains Malaysia


Selepas keputusan SPM diumumkan

Selepas keputusan diumumkan, anda boleh memohon biasiswa kerajaan (JPA, MARA dll) dan swasta (Bank Negara, Khazanah Nasional, Petronas, Shell dll). Semak laman web mereka.

Pada masa yang sama, ada di antara pelajar akan ditawarkan kursus matrikulasi dan asasi (foundation). Kursus matrikulasi dijalankan di pusat-pusat matrikulasi di seluruh negara. Manakala, kursus asasi diadakan di universiti awam (IPTA). Selepas ini, anda akan ditawarkan tempat di IPTA untuk mengikuti kursus peringkat diploma (min 2 tahun) atau ijazah (min 3 tahun).

Jika tidak berjaya mendapat biasiswa atau tawaran ke matrikulasi (tarikh tutup permohonan ialah 10 Oktober 2011) dan asasi, anda masih boleh melanjutkan pelajaran ke kolej-kolej swasta, politeknik, maktab perguruan atau mengambil STPM di sekolah-sekolah seperti MSAB. Calon STPM kemudiannya boleh memohon untuk memasuki universiti.

Untuk mereka yang ingin ke kolej-kolej swasta, pinjaman PTPTN juga disediakan (kebanyakannya). Ada pula yang menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang. Pastikan kursus anjuran kolej tersebut mendapat akreditasi dan diiktiraf oleh kerajaan. Kolej-kolej ini turut menawarkan kursus-kursus perubatan, kejuruteraan dan sebagainya.  Ada yang menganjurkan program 'twinning' dengan universiti luar negara di mana pembelajaran untuk 2 tahun pertama atau lebih, dijalankan di Malaysia dan tahun akhir dijalankan di luar negara.  Ijazahnya juga dikeluarkan oleh universiti luar negara tersebut.

Program Pra U

Antara pilihan program Pra U yang ada di pasaran  (kolej swasta) selepas SPM adalah seperti berikut :


1. Cambridge A level (CAL) : 


- Pra U untuk ke Negara : Khususnya untuk ke UK tetapi diiktiraf oleh kebanyakan negara.
- Jangkamasa : 2 tahun @ 1.5 tahun
- Markah berdasarkan peperiksaan 100%
- Bilangan subjek : 3/4/5
- Subjek yang ditawarkan : Accounting / Computing / Further Maths / Bio / Econs / Business studies / Literature / Physics / Law / Psychology / Chem / Maths / Sociology / Thinking Skills / dll..
- Waktu pendaftaran : Januari, Mac & Julai

P.S : Kalau nak ambil A level saya cadangkan ke Taylors college sebab pelajarnya paling ramai memasuki universiti terkemuka dunia untuk tahun 2011 terutama sekali UK.  


2. American Degree Program (ADP): 

- Pra U untuk ke Negara : Amerika Syarikat
- Jangkamasa : 1 tahun
- Markah berdasarkan peperiksaan dan juga kerja kursus
- Boleh pindahkan markah ke universiti di Amerika Syarikat ( credit transfer )
- Waktu pendaftaran : Januari, May & August


3. Canadian Pre U (CPU): 


- Pra U untuk ke Negara : Canada
- Jangkamasa : 1 tahun
- Markah berdasarkan 30% peperiksaan dan juga 70%  kerja kursus
- Waktu pendaftaran : Januari, Mac & Julai






4. South Australia Matriculation (SAM): 


     - Pra U untuk ke Negara : Australia
     - Jangkamasa : 1 tahun @ 1.5 tahun
- Markah berdasarkan 50% peperiksaan dan juga 50% kerja kursus
- Waktu pendaftaran : Januari & Mac



5. International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP)

- Pra U untuk ke Negara : Kebanyakan negara
- Jangkamasa : 2 tahun
- Markah berdasarkan 80% peperiksaan dan juga 20% kerja kursus
- Waktu pendaftaran : Julai


Akan datang!!!

Saya telah menjemput EC Old Boys 2009 untuk menulis pengalaman mereka. Antaranya yang mengambil kursus asasi, matrikulasi, A Level, Canadian Pre-U (CPU), South Australian Matriculation (SAM), International Baccalaureate (IB), American Degree Foundation Program (ADFP), belajar di Timur Tengah dan yang sama waktu dengannya. So, Nantikan dalam sehari dua ini!! :)

Tuesday 23 August 2011

Biasiswa Swasta

Sebelum menduduki peperiksaan SPM, para pelajar boleh cari laman web mengenai biasiswa yang ditawarkan dan tarikh tutupnya.  Ada beberapa syarikat yang menawarkan biasiswa berdasarkan keputusan percubaan SPM.  Oleh itu adalah penting untuk mendapat keputusan yang baik bagi peperiksaan percubaan.  
  
Biasanya biasiswa yang ditawarkan adalah berdasarkan keputusan percubaan dan mempunyai tempoh yang singkat.  Selalunya, ia hanya disiarkan di laman web selama 1 minggu sahaja. Kita perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh mereka. Ada permohonan memerlukan kita menjawab beberapa soalan secara online.  Adalah penting untuk menjawab secara kreatif dan jujur.  Antara soalan yang diajukan adalah "Whats your favourite movie and Why?".  Jawapan kita adalah penting kerana ini dianggap sebagai saringan pertama sebelum pelajar yang layak disenarai pendek (shortlist). Kadang-kadang daripada 2,000 lebih pelajar yang memohon, hanya 200 pelajar dipanggil untuk pusingan seterusnya. Seterusnya pelajar akan melalui ujian IQ . Ujian IQ ini akan menguji kecekapan pelajar menjawab ratusan soalan dalam masa yang singkat. Mereka ingin menguji bagaimana seseorang dapat menjawab dengan betul dalam keadaan tertekan kerana soalan-soalannya amat susah dan terdiri daripada soalan matematik, sains, bahasa Inggeris, dan lain-lain.  Kemudian, calon yang berjaya akan melalui beberapa lagi proses saringan yang termasuk temu duga, role play dan sebagainya.

Akhir sekali hanya lebih kurang 20 calon akan ditawarkan biasiswa selepas ditemu duga oleh CEO atau lembaga pengarah. Ini hanya panduan sahaja tapi proses sebenar berbeza dari syarikat ke syarikat. Manakala, ada syarikat pula menilai calon semasa mereka menghadiri kem selama seminggu di mana setiap hari ada sahaja pelajar yang terkeluar seperti dalam Akademi Fantasia.

Intro

Idea untuk blog ini tercetus hasil daripada pertanyaan junior-junior EC tentang arah tujuan selepas peperiksaan SPM.  Berdasarkan pengalaman saya, saya ingin berkongsi serba sedikit dengan junior EC, maklumat mengenai biasiswa dan kursus-kursus yang ditawarkan di peringkat pra-U. Semoga maklumat ini dapat membantu teman-teman seperjuangan merancang masa depan mereka.

Maklumat yang disampaikan ini bukanlah maklumat rasmi tetapi 100% adalah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya sendiri dan rakan-rakan. Ia tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak, baik yang hidup mahupun yang mati.

Semoga Junior EC mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan mengharumkan nama MSAB!!! :)